Kisah menarik tentang Helmet, Kawan, Driver Bus, & Polis. Diinspirasikan dari kisah benar. Permulaannya begini, seperti hari-hari yang biasa aku pergi ke tempat kerja dengan riang ria. Buat kerja seperti biasa dan aku terserempak dengan kawan aku dan kawan aku ni mereng sikit :joy:. Waktu tu pulak time balik kerja, kami sembang-sembang then dia tanya aku, balik macam mana? Aku jawab naik public transport. Dia cakap jom ikot aku, dia nak hantar aku kat LRT. Aku cakap takde helmet, dia cakap redah je.. Kan aku cakap dia mereng.

  Part 1 bermula, aku pon terikot mereng dia, aku cakap jom :muscle:. Plan nak drop di LRT Gombak :train2:, dia ingat dekat, last-last jauh LRT Gombak ni. Dia terlepas jalan dan plan untuk drop di LRT Taman Melati. Disini babak menarik bermula, LRT di sebelah kiri jalan, dia malas sungguh nak u-turn. Bagitahu dia; bro kita jalan jauh tanpa helmet ni, kang ada Polis.. masak nanti. Dia ckp jalan sini takde Polis :policeman:. Level Konfident dia tinggi ke langit :rainbow:.

  Part 2, Dia punya malas nak u-turn and drop di LRT Taman Melati. Dia jalan terus and cakap nak drop kat LRT Wangsa Maju. Punya la mereng, tup tup depan ada road block :construction: kat depan. Panic dia, pergh kalah orang tertinggal kunci motor atas motor. Dari sini kita tulis mode dialog.

Dialog Mode: ON

Member: Weyh, weyh weyh.. Turun turun turun, ada polis kat depan.

~ Sambil tepuk-tepuk peha ~

Aku: Jap-jap

~ Lompat terus dari motor, tak tahu macam mana boleh berani. Aksi tu sangat berbahaya & sangat seram… (Don’t try at home, stunts done by professional) :laughing: ~

Aku: Kau belah weyh, jumpa depan

~ Cun-cun ada bas kat belakang, terus tahan bas and naik bas. Manusia dalam bas smua dok hayal dengan Muka Buka, Burung Ungu & Camera Kuno. Abang Driver juga tanya ~

Driver Bus: Kenapa dik?

Aku: Ehh, tak ada apa bang.

~ aku buat lek acah-acah macho ~

Driver Bus Ok baik.

Aku: Aku punya panic, aku sendir x tahu naik bus apa. Pikir nk selamat je dari Polis. Aku tap touch n go and diri belakang driver

Jeng... Jeng... Jeng...

Polis: Turun…

~ Dia tahan bas dan tengok dalam bas ~

~ Abang Polis tu dia tengok tingkap bas dari luar and bagi isyarat suruh turun, Aku buat tak tahu dulu. Then memang aku da sedar diri, memang dia panggil aku ~

get down

Driver Bus: Sorry Dik, turun ehh

~ Aku pon turun, segan dan silu jugak la. Sebab dalam bas tu ramai ~

Polis: Kenapa lari adik?

Aku: Sebab tak pakai helmet

Polis Tak pakai helmet pon, jangan lompat macam tu, hebat taktik kau tadi. Dari mana?

Aku: Dari M3 mall, terlepas LRT Taman Melati, kawan nak drop kat LRT wangsa maju.

~ Member da kena tangkap kat sebelah :rofl: ~

Polis: Bagi IC

~ Aku bagi IC dan details2 lain. Cuak beb, satu badan shaking :upside_down_face: ~

Polis: Lain kali jangan buat mcm tu, kami ni baik. Tak payah nak lompat-lompat bagai.

Aku: Baik tuan, next time tak buat dah.

Dialog Mode: OFF

Abang polis suruh hanta sampai LRT Wangsa Maju and bagi warning. Aku dengan member apa lagi cabut cepat2 :motor_scooter: :dash:. Naik motor da jauh sikit, gelak kuat2 and janji taknak cita kat sapa2. Perasaan paling gerun ialah takut kena rakam mana2 dashcam :movie_camera:.

Lastly, pengalaman ini sangat menarik dan tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Satu cerita yang pahit manis untuk di bawa ke cucu cicit. Peringatan untuk diri sendiri, jangan buat aksi gila. Bila tak lengkap jangan naik motor, sila naik public transport.

Terima kasih kerana hayati cerita ini, ia diinspirasikan oleh kisah benar. Thanks my friend & abang polis, you give me an awesome memory :blush:.

Bike not helmet